5 Langkah Efektif Untuk Storytelling Marketing Dalam Bisnes

Mempromosikan brand melalui teknik storytelling kini sedang menjadi trend demi memikat hati pembeli dengan jalan cerita yang menarik tentang sesuatu produk yang dijual. Agar cerita anda efektif dan memikat pelanggan, anda perlu tahu caranya.

Teknik bercerita cara santai adalah salah satu teknik mudah untuk menarik minat pembaca supaya membaca ‘iklan’ kita secara suka rela. Cerita anda adalah IKLAN anda.

Teknik Storytelling menggunakan elemen-elemen seperti, gaya penulisan lain dari yang lain. ayat-ayat yang manis untuk memikat pembaca, membawa perasaan pembaca menghayati setiap baris ayat, ayat yang menyentuh dan mencuit emosi pembaca, ayat gurau senda dan ayat yang kreatif dan bersahaja.

Satu kelebihan jika anda mempunyai kepakaran dalam mengarang ayat yang boleh membeli jiwa pelanggan untuk mudah jatuh cinta dengan produk yang anda jualkan tanpa perlu mengarang ayat panjang-panjang.

James Lush, direktor Lush Digital Media, mengatakan, terdapat lima elemen yang akan membuatkan storytelling dalam pemasaran lebih efektif, iaitu:

#1-Topical

Anda ambil tahu tentang kehendak pelanggan. Misalnya, produk apa yang diperlukan ketika musim hujan. Contohnya, produk payung. Di sini, anda perlu mencipta satu situasi di mana produk anda perlu dimiliki oleh orang ramai kerana ianya adalah keperluan ketika musim hujan.

Untuk mencantikkan jalan cerita, anda hendaklah bercerita tentang situasi yang dekat dengan pengguna. Sebaliknya, penceritaan itu hendaklah secara santai dan menggunakan ayat yang mudah.

Struktur ayat mestilah pendek dan ringkas tetapi panjang cerita pula terpulang kepada anda asalkan anda berjaya menyampaikan mesej (iklan anda) dalam cerita tersebut. Setiap storytelling mestilah mempunyai ayat-ayat yang boleh membawas emosi pembaca bersama cerita tersebut.

#2-Relevant

Buat storytelling yang relevan dengan target yang lebih spesifik. Contohnya jika anda penjual coklat, anda perlu mencipta cerita tentang coklat yang memiliki nilai-nilai kasih sayang dan kecintaan.

Pembeli kebanyakannya adalah golongan wanita. Oleh yang demikian hal-hal yang berkaitan dan dekat dengan diri mereka, mereka mudah untuk membelinya.

Produk yang dijual mestilah releven dengan situasi yang direka bukan main belasah ja penceritaan anda. Nilai ‘logik’ itu tetap diambil kira.

#3-Unusual.

Cari sudut pandang berbeza agar ada kejutan dalam cerita. Jika cerita terlalu mudah untuk diteka bererti pembaca akan berlalu begitu sahaja.

Di sinilah terletaknya iklan ataupun cerita anda. Berjaya atau tidak iklan anda nanti bergantung kepada cerita yang anda bawa.

Pastikan pembaca tidak dapat mengesan iklan anda walaupun sehingga penghujung cerita tetapi pembaca terasa ingin tahu mengenai ‘iklan’ anda itu.

Ini bermaksud cerita anda itu mengawal minda separuh sedar para pembaca dan jika dilakukan dengan betul ‘iklan’ anda tadi akan dibaca oleh ramai orang tanpa dipaksa.

#4-Trouble.

Konflik adalah kunci untuk membuat cerita nampak lebih menarik. Pembaca  akan bertahan kerana ingin tahu bagaimana masalah diselesaikan.

Bahagian ini membawa maksud ‘ jika berminat carilah / tanyalah saya’. Bahagian ini juga ditulis secara tersirat di mana anda TIDAK menjual atau memaksa pembaca supaya beli produk anda.

Pembaca secara sendirinya akan terpanggil untuk bertanya lebih lanjut mengenai produk dalam cerita anda itu dan inilah kekuatan dalam Storytelling Marketing.

#5-Human.

Betul, anda ingin mempromosi brand kepada masyarakat. Tapi, produk adalah benda mati tanpa emosi. Tampilkan manusia dalam cerita hingga pembaca merasakan emosi yang ditonjolkan. Jadikan pembaca sebagai ‘watak utama’ dalam storytelling anda dan posisikan produk anda yang akan membantu mereka mendapatkan solusi.



Sumber 5 Langkah Efektif Untuk Storytelling Marketing Dalam Bisnes

Post a Comment

Previous Post Next Post