5 Nasihat Jack Ma Kepada Orang Muda Yang Nak Jadi Usahawan

Dalam satu temuramah bersama KBS1, stesen televisyen Korea Selatan pada Mei 2015, Jack Ma telah memberikan beberapa nasihat kepada golongan muda.

Jack Ma merupakan pengasas Alibaba. Pada usia 51 tahun, beliau berjaya membawa syarikat beliau, Alibaba ke peringkat global. Beliau menjadi orang China pertama menjadi cover majalah Forbes.

2014, beliau dinobatkan sebagai orang No 1 terkaya di China dan 18 terkaya di dunia. Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Jack Ma mencecah USD 29.7 Billion.

Bak kata Jack Ma, “forget about regret”. Fikirkan bahawa kita mempunyai sepuluh hingga dua puluh tahun lagi untuk hidup. Penyesalan bukanlah satu perkara yang perlu dirasai tetapi penyelesaian yang perlu dicari.

Usahawan yang berjaya tidak pernah berhenti berfikir cara untuk mengembangkan perniagaan mereka kerana pulangan yang mampu diperoleh oleh seseorang usahawan itu tiada hadnya.

Dalam pada itu usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang satu.

Jika kita merancang tetapi malas berusaha,ini seakan-akan Mat Jenin dengan mimpinya.Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan.

Artikel kali ini kami akan kongsikan nasihat Jack Ma kepada orang mudah yang nak jadi usahawan, yang mungkin dapat mengubah pandangan anda semua untuk terus fokus dan berusaha menggapai impian menjadi usahawan berjaya.

#1-Umur 20 Tahun, Jadi Seorang Pelajar Yang Baik.

Ketika berusia 20 tahun jika anda dapat mengikut arahan orang atasan dengan baik anda tercalon sebagai seorang pekerja atau pelajar yang mempunyai potensi untuk lebih maju dalam kehidupan.

Sifat ini perlu ada dalam diri kerana anda akan menempuhi lebih banyak cabaran dan dugaan dalam hidup serta perniagaan.

Belajar dan tuntutlah ilmu yang bermanfaat ketika anda dalam lingkungan umur bawah 20 tahun. Belajar sebanyak mungkin untuk membuka minda. Kalau nak jadi usahawan pun, tunggu terlebih dahulu dan cari ilmu dan pengalaman.

#2-Umur 30 Tahun, Ikut Seseorang.

Biasanya bekerja di syarikat yang besar, bagus untuk anda  cara untuk memproses, kerana anda seolah-olah sebahagian daripada jentera yang besar.

Tetapi jika anda kerja di syarikat kecil, anda akan belajar mengenai minat dan impian. Anda akan belajar dengan banyak.

Jadi, sebelum umur 30 tahun, yang penting adalah bukannya syarikat mana yang anda bekerja, tetapi bos yang macam mana yang anda ikut. Bos yang baik akan ajar anda dengan cara yang berlainan.

Untuk itu, sebelum umur 30 tahun, anda perlu pilih boss mana yang anda nak ikut. Bukannya syarikat mana yang anda nak kerja makan gaji dan jadi mesin. Pastikan anda belajar dari boss tersebut sebanyak mungkin.

#3-Umur Antara 30 Dan 40 Tahun, Tahu Buat Keputusan

Keputusan perlu dibuat ketika di fasa umur ini. Jika anda tak pasti, anda perlulah mencari jawapan dengan segera. Kerana di fasa ini sangatlah penting untuk anda tahu ke mana tenaga dan usaha anda perlu dihalakan untuk mencapai apa yang anda target.

#4-Umur 40 Dan 50 Tahun, Tahu Lakukan Perkara Yang Mahir.

Jangan cuba untuk bertukar arah, kerana ia sudah terlalu lambat. Anda mungkin akan berjaya, tapi kemungkinan untuk gagal juga adalah tinggi. Jadi apabila anda berumur 40 hingga 50 tahun, fikirkan bagaimana anda boleh fokus kepada kepakaran anda.

Anda perlu ada pemikiran yang jelas dan terang terhadap apa yang anda mahukan dalam hidup. Di sinilah bermulanya pemburuan anda terhadap cita-cita dan impian anda sendiri untuk menjadi usahawan.

#5-Umur  60 tahun, Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri.

Rehat, buat benda yang anda suka, berkebun, pergi ke pantai. Sudah terlalu lambat untuk berubah. Relaks dan luangkan masa untuk anda sendiri. Tingkatkan kebajikan, tingkatkan sumbangan.



Sumber 5 Nasihat Jack Ma Kepada Orang Muda Yang Nak Jadi Usahawan

Post a Comment

Previous Post Next Post