Sukar untuk dibayangkan, tetapi kebanyakan syarikat gergasi ini terhasil daripada mereka-mereka, yang dilahirkan di garaj kecil di atau kawasan kejiranan yang miskin.
Namun, kerana masalah hidup yang dihadapi mereka berjaya mengubah dunia milik mereka. Siapa tahu? Mungkin selepas membaca artikel ini anda juga akan mengambil risiko untuk membawa idea anda masuk ke dalam dunia perniagaan.
Syarikat-syarikat sebesar manapun pasti mempunyai permulaan. Yang pastinya diawal permulaan mereka disaji dengan kesukaran dan cabaran yang sentiasa membolosi setiap usaha mereka.
Golongan ini tidak wujud secara magik tetapi sikap berani membuatkan mereka tersenarai antara jutawan paling kaya di dunia. Di sini Majalah Niaga ingin berkongsi 9 kisah inspirasi individu-individu genius ini memulakan syarikat yang kini bernilai jutaan dollar.
#1-Steve Jobs – Apple
Apple mengeluarkan komputer pertamanya pada April Fool 1976 dengan harga USD$666.66. Namun keadaan tegang telah terjadi kepada pengasas syarikat, iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak sehingga diketahui umum.
Pada 2007 merupakan tahun revolusi bagi Apple, di mana iPhone pertama telah dilancarkan, mengubah dunia telefon pintar.
Ketika pelancaran, Steve Jobs berkata sekiranya iPhone menguasai hanya 1% market, ia sudah mencukupi. Sudah tentu beliau tidak akan berhenti di situ. Hari ini, iPhone memenuhi 15% ruangan market telefon pintar.
#2-Michele Ferrero – Kinder Surprise
Coklat mainan yang menjadi kesukaan kanak-kanak seluruh dunia ini adalah hasil daripada, Pietro Ferrero yang mula membuat manisan dalam bakeri kecilnya sekitar tahun 1940.
Melalui eksperimennya, beliau menjadi terkenal di Itali dan kemudiannya di seluruh dunia. 25 tahun berikutnya, perniagaan beliau diambil alih oleh adiknya, kemudian anak saudara beliau, iaitu Michele.
Michele adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Kinder Surprise, berinspirasikan tradisi Easter di Itali iaitu untuk membuat manisan dengan kejutan di dalamnya. Jualan pertama Michele habis dalam tempoh masa hanya sejam.
#3-Amancio Ortega – ZARA
Ketika tahun 1975, seorang tukang jahit berbangsa Sepanyol bernama Amancio Ortega bersiar-siar bersama kekasihnya disebuah kedai di mana Ortega ternampak jubah mandi yang sangat cantik.
Malangnya, harganya terlalu mahal, membuatkan beliau berfikir sejenak, mungkin beliau boleh menghasilkan satu produk yang cantik tapi harganya berpatutan.
Kini, rahsia kejayaan Zara terletak di antara fesyen terkini dan menggunakan data yang banyak untuk menjangkakan trend seterusnya yang bakal popular.
Menariknya, skandal antara raja Sepanyol iaitu King Juan Carlos I dan Hugo Chavez (bekas ahli politik Venezuela) pada tahun 2007 turut mempunyai kesan yang positif terhadap perniagaan Ortega.
Zara telah mencetak lebih kurang sejuta T-shirts “Why don’t you shut up?” kata-kata oleh King Juan terhadap Chavez. Hari ini, Amancio Ortega berada di kedudukan ke-4 dalam senarai orang paling kaya Forbes.
#4-Ole Kirk Christiansen – LEGO
Pada tahun 1932, Ole Kirk Christiansen yang hanya seorang tukang kayu ketika itu telah jatuh bankrap, menjadi duda, dan membela 4 orang anak di bawah jagaannya.
Demi meneruskan kelangsungan emosi gembira buat anak-anaknya, beliau telah menghasilkan mainan. Kemudiannya, ciptaannya mula diketahui umum dan mendapat permintaan ramai dan beliau mula menjual permainan tersebut.
Beliau menamakan mainannya LEGO, yang diambil daripada perkataan Danish iaitu “leg Godt” yang bermaksud untuk bermain dengan riang ria. Beliau kemudiannya membuka sebuah kedai, pada 1954 mencetus fenomena kerana menerima permintaan yang tinggi.
#5-Harry, Albert, Sam dan Jack Warner – Warner Bros
Pada tahun 1918, 4 orang adik beradik kelahiran Amerika Syarikat (AS) sangat obses dengan panggung wayang. Mereka inilah yang menubuhkan Warner Bros. Harry dan Albert menjaga hal ehwal kewangan, manakala Sam dan Jack mengendalikan pembuatan filem.
Studio inilah yang pertama menghasilkan filem bermuzik pertama (The Jazz SInger, 1927), filem genre horror berbunyi pertama (The Terror, 1928) dan filem berwarna pertama (On with the Show!, 1929).
Hari ini, kehadiran logo syarikat ini pada permulaan movie membuatkan ramai bersemangat untuk menonton filem di skrin.
#6-Kevin Systrom – Instagram
Kevin Systrom amat meminati bidang fotografi dan sangat obses untuk memulakan sebuah start-up. Selepas tahun ketiga beliau di Stanford University, beliau telah pergi ke Florence, Itali untuk belajar tentang fotografi dan telah diberi sebuah Holga 1982 (kamera klasik).
Kamera filem ini mengambil gambar retro berbentuk petak. Hasilnya sangat menarik tanpa perlu apa-apa usaha tambahan oleh seorang jurugambar.
Hal ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Systrom untuk membuat sebuah platfom yang akan memberikan servis untuk menghasilkan karya-karya hebat daripada fotografi yang kurang kualitinya. Pada 6 Oktober 2010, Instagram telah dilancarkan di dalam App Store, maka bermulalah era fotografi telefon pintar.
Pada tahun 2012, Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan bayaran sebanyak USD$ 1billion. Hari ini, perlukah lagi untuk penulis ceritakan? Tanya diri anda, boleh anda bayangkan hidup anda tanpa Instagram?
#7-Ingvar Kamprad – IKEA
Ketika berusia 17 tahun, seorang budak berbangsa Sweden bernama Ingvar Kamprad telah berjaya mengasaskan IKEA. Nama IKEA diambil daripada perkataan pertama nama, ladang dan kampung beliau.
IKEA, beliau telah berjaya merevolusikan dunia perabut. Beliau mendapat idea untuk menjual barangan secara berasingan. Beliau kemudianya mengembangkan idea tersebut, menggunakan puzzles sebagai contoh.
Pelanggan digalakkan untuk memasang bukan sahaja perabot, tapi rumah mereka juga dengan produk IKEA, menghasilkan berjuta kombinasi menarik rumah dan perabot.
Hari ini, IKEA mempunyai hampir 400 cawangan gudang di seluruh dunia. Ianya bukan sekadar sebuah gudang, tetapi juga taman hiburan.
#8-Phil Knight – Nike
Kekurangan kasut sneakers di kedai-kedai di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pelari bernama Phil Knight untuk membuat tempahan kasut di Asia dan menjualnya di AS.
Pada tahun 1965, beliau menamakan syarikatnya Nike (atas nama Dewi Kemenangan) dan memulakan pengeluarannya sendiri.
Nike kemudiannya memegang 50% market kasut di AS. Pada tahun 1984, Nike Air Jordan telah dicipta khas untuk Michael Jordan yang ketika itu masih belum dikenali.
Pemain bola keranjang itu kemudiannya akan membayar denda sebanyak USD$5000 sebelum setiap perlawanan, sebagai satu taktik pemasaran untuk menarik perhatian ramai. Ternyata taktik ini menjadi, dan ia dikenali sebagai live advertising. Hari ini, Nike menjadi syarikat nombor satu dalam industri sukan.
#9-Travis Kalanick dan Garrett Camp – Uber
Pada tahun 2008, 2 orang programmers berjaya, Travis Kalanick dan Garrett Camp telah pergi ke sebuah persidangan di Paris dan mereka berasa sangat sukar untuk mendapatkan teksi di sana. Masalah membuatkan manusia berfikir.
Tahun berikutnya, UberCap telah dilancarkan di San Francisco. Ramai selebriti seperti Ashton Kutcher, Edward Norton dan Jay-Z telah menggunakan servis ini, memberikan pemasaran percuma kepada syarikat ini.
Hari ini, Uber menjadi pembekal servis teksi nombor satu di dunia. Uber kemudian mengembangkan operasi dalam taliannya kepada pelbagai servis, termasuklah UberEats.
Sumber 9 Kisah Inspirasi Individu Genius Memulakan Syarikat Ternama Dunia