Malaysia mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk anda kunjungi. Malah, negara kita terkenal dengan kehadiran pelancong yang suka melancong di negara ini saban tahun.
Jika anda masih tercari-cari tempat menarik untuk dilawati semasa cuti perayaan yang bakal tiba bulan depan, kami kongsikan beberapa lokasi terbaik yang anda wajib kunjungi pada tahun ini.
BACA: 7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza
1. Layang-layang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan
Kelantan memang terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan menarik. Jangan lepaskan peluang melihat atau mencuba bermain layang-layang di sekitar kawasan Pantai Cahaya Bulan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.
2. Candat sotong, Terengganu
Terengganu juga merupakan negeri yang mempunyai pantai bersih, cantik dan menarik. Bukan itu saja, negeri ini terkenal dengan aktiviti mencandat sotong sekitar bulan April hingga Julai. Anda boleh mengikut nelayan tempatan pergi mencandat sotong menaiki bot mereka apabila tiba musimnya nanti.
3. Pantai Sasaran, Selangor
Pantai ini dikenali sebagai pantai cermin kerana memantulkan bayangan jika kita berdiri di permukaan pantai. Ia menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar ketika air surut.
4. Sungai Melaka
Melaka sememangnya popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara kerana mempunyai banyak tempat bersejarah di samping makanan tempatan yang enak. Anda boleh mencuba menaiki Melaka River Cruise untuk menikmati pemandangan di beberapa lokasi terkenal sekitar sungai Melaka.
5. Belon air panas, Putrajaya
Mungkin ramai yang tidak tahu Putrajaya merupakan lokasi sesuai untuk anda beriadah bersama keluarga. Anda boleh menaiki belon air panas dan melihat pemandangan indah sekitar Putrajaya.
6. Orangutan, Sabah
Di Sabah, Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre merupakan sebuah tempat untuk membantu Orangutan yang tercedera atau sakit hingga mereka pulih. Anda dapat lihat spesies haiwan ini dengan lebih dekat sebelum mereka dilepaskan habitat asal mereka.
7. Teluk Chempedak, Pahang
Teluk Chempedak menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga dan merupakan lokasi sesuai untuk melihat matahari terbit dan tenggelam. Memang cantik pemandangan di sini.
8. Langkawi, Kedah
Langkawi merupakan lokasi tepat jika anda ingin lari dari bandar dan mahu mencari ketenangan. Dengan pantai yang jernih, anda boleh membuat aktiviti snorkelling dan menyelam skuba jika mahukan cabaran.
9. Gua Tempurung, Perak
Perak bukan saja popular dengan makanan yang menarik, tetapi ia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadi seperti Gua Tempurung. Jika anda seorang yang sukakan cabaran, anda boleh cuba meneroka gua yang ada.
ARTIKEL BERKAITAN:
9 Snek Halal Anda Boleh Makan Di Jepun
7 Lokasi Menarik Di Malaysia Anda Wajib Ambil Gambar
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram