Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, pelantikan Lim adalah kerana sumbangannya yang signifikan terhadap pembangunan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Richard turut mengumumkan cadangan penubuhan Majlis TVET yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebahagian daripada Majlis Modal Insan (MMI).
“Telah dipersetujui bahawa kita akan menubuhkan Majlis TVET Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ini adalah satu langkah yang sangat penting bagi TVET Malaysia."Beliau ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan TVET Malaysia Peringkat Menteri, di Cyberjaya.
Mesyuarat berkenaan merupakan satu manifestasi terhadap kesediaan semua pihak berkaitan kerjasama dalam mengarusperdanakan TVET seperti yang pernah digariskan oleh Perdana Menteri ketika pelancaran TVET Malaysia serta ucapan Bajet 2018 sebelum ini.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah, model penglibatan industri, model pembiayaan TVET, pemadanan permintaan dan penawaran, kolaborasi strategik penyedia TVET dan usaha mencapai 35 peratus tenaga mahir pada tahun 2020.
Sumber Lim Kok Wing dilantik penasihat TVET