Perkara ini didedahkan sendiri oleh jutawan ini dalam temu bual live di FB Sinar Harian.
"Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula.
"Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan.
"Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending," jelas Aliff gembira.
Dalam pada itu, ditanya kemampuannya untuk menyanyikan lagu tersebut secara live nanti, Aliff ada jawapannya sendiri.
"Betul saya yang menyanyi sendiri. Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi.
"Saya cuma nak cuba bidang baru. Saya nak nak jadi bukan sahaja boleh jual jamu tetapi saya boleh jadi penghibur.
"Alhamdulilah, setakat ini memang banyak show saya yang masuk. Terima kasih KRU," katanya lagi.
Sumber Abang Nak Tegur dalam pencalonan awal Muzik-Muzik