Sebaliknya, Hanis mengakui mengambil pendekatan bersederhana demi memenuhi keperluan.
"Saya tak rasa kami terlalu mewahkan Yusof. Kalau mewah pun mungkin hanya daripada segi makanan.
"Tapi, apabila melibatkan gajet atau permainan, memang kita tak mewahkan dia," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui pada program My Little Heroes - Yusuf & Bujibu, semalam.
Bagaimanapun, katanya, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
"Saya rasa semua ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
"Itu sesuatu yang biasa tapi semuanya haruslah mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
Hanis yang memberi sepenuh perhatian menjaga Yusof juga mengakui bersedia untuk mencari pembantu rumah bagi meringankan kerjanya di rumah.
Namun, selebriti berusia 28 tahun ini masih bergantung kepada masa yang bersesuaian.
"Biasalah, bila kita dah biasa jaga anak sendiri, susah sikit nak lepaskan pada orang lain.
"Mungkin ada yang cakap tempoh setahun itu dah cukup. Kadang-kadang saya pun ada terfikir nak ada helper. Tapi, biarlah masa yang menentukannya.
"Lagi-lagi, bila bisnes saya juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal bergandingan dengan kucing peliharaan keluarganya, Bujibu Chempel menerusi program realiti, My Little Heroes- Yusuf & Bujibu.
Program ini bakal menampilkan aktiviti harian mereka yang sering mencuit hati peminat pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) mulai 31 Januari depan.
Sumber Tak rasa terlalu mewahkan Yusof: Hanis Zalikha