Akibat banjir, lapan sekolah rendah di Sabah ditutup

Sebanyak lapan sekolah rendah di Sabah membabitkan 764 murid, terpaksa ditutup berikutan banjir. — Foto ihsan Facebook/Sabah Chat: Salam Dari SabahSebanyak lapan sekolah rendah di Sabah membabitkan 764 murid, terpaksa ditutup berikutan banjir. — Foto ihsan Facebook/Sabah Chat: Salam Dari SabahKOTA KINABALU, 3 Jan — Lapan buah sekolah rendah di dua daerah di Sabah melibatkan 764 murid dan 123 orang guru ditutup hari ini kerana terjejas banjir.

Pengarah pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata tujuh sekolah rendah yang ditutup di daerah Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut melibatkan 299 murid dan 31 orang guru, SK Kg Bambangan (93 murid)(13 guru), SK Lago (81)(15), SK Jabang (59)(13), SK Lembah Poring (58)(13), SK Tamalang (52)(13) dan SK Sinoko (33)(14).

Sekolah rendah yang ditutup di daerah Telupid ialah SK Inarad yang melibatkan 89 murid dengan 11 orang guru.

“Sekolah ditutup disebabkan laluan atau kawasan sekolah dinaiki air,” kata Maimunah dalam kenyataannya hari ini. — Bernama



Sumber Akibat banjir, lapan sekolah rendah di Sabah ditutup

Post a Comment

Previous Post Next Post