Amanah Pahang ‘tidak puas hati’ dapat satu kerusi

Penyokong Amanah, dengan baju jingga rasmi mereka, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 7 Januari 2018. ― Foto oleh Zuraneeza Zulkifli Penyokong Amanah, dengan baju jingga rasmi mereka, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 7 Januari 2018. ― Foto oleh Zuraneeza Zulkifli KUANTAN, 10 Jan — Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang tidak puas hati apabila mendapat satu parlimen di Pahang dalam pembahagian kerusi Pakatan Harapan.

Namun timbalan pengerusi Amanah negeri akur keputusan itu sewaktu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat enam kerusi, lapor Berita Harian.

“[...] memang saya tidak puas hati kerana Amanah di Pahang hanya diperuntukkan satu kerusi sahaja...,” kata Syed Hamid Syed Mohamed.

Amanah, parti serpihan PAS, bakal bertanding di Temerloh, kawasan yang kini disandang ketua penerangan parti Islam Nasrudin Hassan.

Beliau mengetepikan kekecewaan dan rasa tidak puas hati itu untuk melihat agenda lebih besar menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Syed Hamid.  

PPBM bertanding di Pekan, Lipis, Paya Besar, Maran, Jerantut dan Kuala Krau, sementara PKR terus bertanding di Indera Mahkota, Bera, Kuantan dan Rompin.

DAP masih bertanding di kerusi Cameron Highlands, Bentong dan Raub.

Pada pilihan raya umum lalu, BN tewas tiga lagi kerusi: Kuantan, Indera Mahkota dan Raub. Rundingan kerusi negeri PH masih berjalan.



Sumber Amanah Pahang ‘tidak puas hati’ dapat satu kerusi

Post a Comment

Previous Post Next Post