Ia disebabkan anak lelaki Kim iaitu Saint West dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles selepas disahkan terkena jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.
Menerusi laman Instagram, Kim memuat naik sekeping foto hitam putih menunjukkan dia mendukung puteranya yang menunjukkan ekspresi tidak gembira namun riak wajahnya tenang.
"Anakku yang kusayang kuat semangat! Setelah berada selama tiga malam di hospital dan melihat puteraku disuntik, menggunakan mesin oksigen, tahun baru kita benar-benar penuh dugaan. Pneunomia itu menakutkan," tulisnya.
Kim juga memaklumkan keadaan Saint yang berusia 2 tahun kini sudah lebih baik.
"Saya ingin berterima kasih pada jururawat dan doktor yang bekerja keras. Kami sangat bersyukur. Dia sekarang sudah berada di rumah. Saint sangat kuat!" tambah Kim.
Selain Saint, Kim yang mendirikan rumah tangga dengan Kanye West pada tahun 2014 mempunyai seorang anak perempuan, North West kini berusia lima tahun.
Sumber Anak Lelaki Kim Kardashian Diserang Pneumonia