Lelaki 29 Tahun Mengaku Sebagai Anak Aishwarya Rai

Kecoh di kalangan netizen India selepas kemunculan seorang lelaki dikenali sebagai Sangeeth Kumar mengaku dirinya sebagai anak Aishwarya Rai, baru-baru ini.

Lapor Pinkvilla, lelaki berasal dari Vishakaphatnam itu mendakwa bahwa dirinya lahir daripada program bayi tabung uji yang dilakukan Aishwarya di London.

Sangeeth memberitahu dia pernah diasuh oleh ibu bapa Aishwarya selama dua tahun. Namun selepas itu dia diambil oleh ayahnya dan dibawa ke Vishakaphatnam sehinggalah menginjak dewasa.

Namun ketika pihak Sangeeth diminta mengemukakan bukti, lelaki berusia 29 tahun itu gagal berbuat demikian. Samada sijil kelahiran atau saksi, Sangeeth tidak dapat menunjukkan kepada media.

Kata Sangeeth dokumen kelahirannya sudah dihancurkan oleh keluarganya. Dan sebab dia baru mengaku sekarang karena ingin tinggal bersama ibunya iaitu Aishwarya Rai.

Bagaimanapun wajah lelaki berkenaan ini tidak didedahkan oleh media.

Berita pengakuan Sangeeth ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya bagi sebilangan masyarakat dan media di India.

Namun jika dikaji, ketika Sangeeth lahir, Aishwarya Rai baru berusia 15 tahun. Mustahil bagi Aishwarya untuk membuat keputusan melakukan program bayi tabung uji dan melahirkannya di London.

Pengakuan Sangeeth itu bagaimanapun disebut oleh media di India sebagai hal gila dan tidak akan dilayan oleh Aishwarya mahupun keluarganya.

Walaupun perkara itu boleh dianggap fitnah namun Aishwarya tidak mahu memperbesar-besarkannya dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki tersebut.



Sumber Lelaki 29 Tahun Mengaku Sebagai Anak Aishwarya Rai

Post a Comment

Previous Post Next Post