Anda Pengemar Coklat? Kisah Menarik Sejarah Coklat M&M Yang Tidak Diketahui Ramai

Apa coklat kesukaan anda, pembaca Majalah Niaga? Bagi para pengemar coklat pasti coklat M&M’s menjadi kesukaan mereka. Dengan struktur coklat yang lembut dan ditambah dengan almond, pretzel, dark chocolate, dan isian unik lainnya, coklat M&M telah menakluk dunia dengan jenama yang tersendiri.

Tahukah anda sejarah cokelat M&M’s. Fakta yang cukup mengejutkan, bahawa coklat berbentuk bulat ini merupakan inovasi sejak Perang Dunia II? Dengan slogan, “Melts in your mouth, not in your hand”, ianya terinspirasi dari para tentera yang membawa coklat yang diletakkan di atas tangan pada musim panas tetapi tidak cair.

Bertahun lamanya jenama coklat ini kekal kukuh dalam pasaran. Bagaimanakah coklat ini menjadi sangat popular dari generasi ke generasi? Apakah cerita menarik di sebalik sejarah pembuatan coklat ini yang tidak diketahui ramai?

#1-Sejarah Awal

Pada tahun 1911, Frank C. Mars telah menubuhkan syarikat Mars Incorporated, sebuah syarikat kecil yang menghasilkan gula-gula di bandar Newark, New Jersey.  Selain gula-gula, syarikatnya juga menghasilkan makanan berasaskan coklat.

Mars mula memikir tentang perancangan ketika bersara nanti untuk menyerahkan urusan pengurusan syarikat kepada anaknya Forrest Mars. Forrest Mars di hantar ke luar negara untuk belajar mengenai pengurusan perniagaan.

Ketika berada di luar negara inilah, Forrest Mars terlihat askar British memakan coklat berbentuk gula-gula kecil. Beliau terkejut apabila mendapati coklat tersebut tidak cair apabila diletakkan di atas tangan pada musim panas. Saiznya yang kecil seperti pil juga memudahkan coklat tersebut disimpan di dalam poket.

Coklat tersebut adalah  coklat Smarties. Pesaing utama coklat M&M. Hakikatnya idea penghasilan coklat M&M sekarang bukanlah idea original Frank, sebaliknya diambil daripada idea coklat Smarties!

 #2- Cari Rakan Kongsi

Forrest Mars kembali ke Amerika Syarikat dan  memfailkan paten untuk penghasilan coklat yang disalut lapisan khas seperti Smarties.

Beliau mula mengeluarkan pandangan sendiri dan tidak bersetuju dengan cara bapanya menguruskan perniagaan di syarikat tersebut. Frank mengambil rakan niaga iaitu Bruce Murrie bagi membangunkan perniagaannya dengan idea-idea baru dan kekal maju.

Bruce Murrie bukanlah calang-calang orang. Sama seperti Frank, Bruce merupakan anak kepada seorang lagi penghasil coklat terkenal berjenama Hershey’s. Bruce juga sama seperti Frank, beliau tidak bersetuju dengan cara perniagaan bapanya jadi beliau merasakan Frank merupakan orang yang paling sesuai untuk bekerjasama dengannya.

#3- Asal-usul jenama M&M

 Mereka berdua mula mencari satu nama yang senang untuk diingati. Bagi mempromosikan coklat ini, mereka memerlukan satu jenama baru yang lebih segar dan mudah diingati. Asalnya, mereka menggunakan nama Mars & Murrie, hasil gabungan kedua-kedua nama akhir Frank Mars dan Bruce Murrie sebelum ianya dipendekkan kepada M&M sahaja sehinggalah ke harini. Nama yang lebih pendek dan mudah diingati.

Sebenarnya, gabungan kedua-dua pemuda ini merupakan satu kerjasama yang sangat istimewa. Jika Frank memiliki paten bentuk coklat yang dilapisi lapisan keras di bahagian luarnya, Bruce pula memiliki paten ramuan menghasilkan coklat terbaik memandangkan beliau merupakan pewaris coklat jenama Hershey’s.

 #4-Konflik antara Frank Mars dan Bruce Murrie

Ketika awal jenama ini terkenal semuanya  kelihatan sangat sempurna. Jualan M&M terus meningkat apabila mereka telah menjalin kerjasama dengan pihak tentera Amerika Syarikat untuk membekalkan setiap tentera di medan perang dengan bekalan coklat M&M.

Bukan mudah hendak menguruskan sebuah syarikat yang besar. Apabila syarikat M&M semakin besar, Bruce dan Frank seringkali tidak sehaluan dalam membuat keputusan.

Kerana konflik antara keduanya yang semakin buruk, Bruce telah mengambil keputusan untuk keluar daripada syarikat dan mengambil semula bahagiannya yang pada ketika itu berjumlah $1 juta.

Dengan keputusan Bruce untuk keluar daripada syarikat M&M, maka Bruce juga telah membuat keputusan untuk tidak tidak lagi menggunakan coklat keluaran Hershey’s sebaliknya menggunakan coklat yang dihasilkan syarikatnya sendiri.

Semenjak peningkatan popularitinya pada tahun 1950-an, resipi penghasilan coklat M&M tidak banyak berubah sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun, pelbagai perisa baru telah dikeluarkan demi memenuni permintaan pelanggan.



Sumber Anda Pengemar Coklat? Kisah Menarik Sejarah Coklat M&M Yang Tidak Diketahui Ramai

Post a Comment

Previous Post Next Post