AS pengeluar minyak kedua dunia

PARIS: Amerika Syarikat (AS) dijangka mengatasi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak nombor dua dunia tahun ini, kerana syarikat pengeluar minyak syal tertarik dengan kenaikan harga selain, meningkatnya aktiviti penggerudian, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) pada Jumaat.

"Tahun ini menjanjikan satu lagi rekod buat AS," katanya dalam laporan pasaran bulanannya.

Pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.9 juta tong sehari (bpd) di AS kini berada pada tahap tertingginya dalam hampir 50 tahun, menggugat kedudukan Arab Saudi sebagai pengeluar minyak kedua terbesar di dunia selepas Russia, kata IEA.

"Pertumbuhan tanpa henti menyaksikan AS mencecah paras bersejarah di atas 10 juta tong, mengatasi Arab Saudi dan menyaingi Russia pada 2018, dengan syarat sekatan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC kekal di tempatnya," katanya.

Lebihan bekalan global mendorong harga minyak berada di paras serendah AS$30 setong pada awal 2016.

Namun, negara pengeluar minyak di dalam dan luar kartel minyak OPEC membuat perjanjian pada akhir 2016 bagi mengurangkan pengeluaran dan memacu harga yang lebih tinggi.

Ketegangan geopolitik dan pengurangan stok minyak turut menyumbang kepada pemulihan.

Minyak mentah baru-baru ini naik melebihi AS$70 setong untuk kali pertama sejak 2014 selepas OPEC dan negara bukan OPEC bersetuju melanjutkan pemotongan gabungan mereka sehingga akhir tahun ini.

Kenaikan harga ini seterusnya menjadikannya lebih menarik bagi syarikat syal meningkatkan aktiviti penggerudian dan disebabkan AS tidak terbabit dalam perjanjian itu, pengeluaran syalnya dapat diteruskan tanpa halangan.

"Pertumbuhan AS pada 2017 mengatasi semua jangkaan, apabila industri syal melantun, menguntungkan dari pemotongan harga dan peningkatan aktiviti penggerudian," kata IEA. - AFP



Sumber AS pengeluar minyak kedua dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post