"Bak Datang Sihir, Saya Lawan" - Raf Yaakob Cabar Hantar Sihir Pemisah

 
Bagi sesetengah warga netizen di Malaysia ini, melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang lain membuatkan mereka berasa sakit hati.

Terutama ianya melibatkan golongan artis dan juga para instafamous. Kenapa benci sangat tengok kehidupan orang lain?

Perkara itu turut menimpa pasangan yang baru berkahwin iaitu Raf Yaakob dan juga pelakon Mawar Rashid.

Tidak dinafikan pasangan baru berkahwin ini sering berkongsikan detik-detik manis alam perkahwinan terutamanya di laman Instagram.

Dalam satu perkongsian gambar terkini, baru-baru ini, ada warga laman sosial yang menasihati agar pasangan ini tidak terlampau menunjukkan kebahagiaan kerana bimbang di sihir.

Hendak dijadikan cerita, Raf Yaakob telah memberi respon kepada komen individu berkenaan dan turut mencabar untuk seseorang menghantar sihir kepadanya.

Raf menyatakan bahawa jelas sekali individu tersebut tidak mengenali keluarganya malah turut menasihatkan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sihir, bolehlah bertanyakan kepadanya secara peribadi di Instagram.

Ini perbualan balas antara Raf Yaacob dan individu bernama Miss Alin:

@miss_alin65: "Dunia akhir zaman ni kalau bahagia better tak perlu tunjuk sangat kat media sosial nanti bimbang ada yang dengki dan iri hati paling teruk sampai sanggup gunakan sihirkan untuk pecah belahkan hubungan suami isteri. Perkara camni dah banyak sangat berlaku. Sihir dah makin berleluasa cam nak kembali ke zaman jahiliah dah. Please ambil lah iktibar. Kalau boleh kasih sayang tu biarlah berkekalan hingga ke jannah tak nak nanti disebabkan perbuatan manusia yang dengki dan iri hati putus di tengah jalan. Beringat sebelum kena tu nasihat saya teguran ni bukan sebab saya jealous ke apa lagi nak acah acah jadi ustazah siber tapi sekadar mengingatkan je sesama manusia harap korang boleh terima apa yang saya comment ni dengan positive cc to @rafyaakob @mawarashid :)

@rafyaakob: "bak datang sihir saya lawan

@rafyaakob: "@miss_alin65 Kalau yang putuskan satu hubungan itu adalah kehendak Allah. Bukan sihir. Kita sebagai manusia, perdalamkan ilmu agama. Takkan ada sihir yang bole melawan kuasa Allah dan ayat2 suci Quran

Kemudian Miss Alin membelas semua dengan penerangan panjang lebar. Ini komennya:

@miss_alin65: "Ye tapi itukan asbab. Sihir pemisah suami isteri tu memang ada boleh rujuk ustaz yang pengamal perubatan islam @rafyaakob awak mungkin tak tau lagi banyak tentang ni sebab awak mungkin tak ada pengalaman lagi samada perkara tu tak pernah berlaku lagi kat keluarga awak atau orang yang rapat dengan awak. Saya pun orang moden juga tapi saya tak nafikan yang sihir tu memang wujud, lebih2 lagi bila saudara mara dan orang yang dekat dengan saya pun dah ada kena sihir dengan manusia yang dengki dan irihati. Memang la sihir takkan dapat menandingi kuasa Allah tapi Allah juga boleh membenarkan sihir itu terjadi dengan izinNya dan bila dah kena memang merana sebab sihir tu kan datangnya dari syaitan dan jin. Sekarang ni orang nak hantar sihir kat orang cari bomoh dalam internet je macam2 pakej ditawarkan. Tak perlu jumpa face to face dengan bomoh hanya melalui telefon je boleh dapatkan khidmat bomoh untuk hantar sihir kat orang. Kalau la tukang sihir tu tak pernah berjaya menyihirkan orang takkan wujud sihir kat dunia ni, takkan ramai orang yang terkena sihir dan tak ada la wujud perawat perawat Islam kat Malaysia ni. Sedangkan nabi Muhamad SAW pun pernah disihir oleh Yahudi selama 40 hari sehingga Allah turunkan surah al-falaq dan an-nas ini kan pula kita sebagai manusia biasa yang bukannya nabi. Saya cuma ingatkan je sebab saya prihatin kalau rasa tak suka dan rasa saya tak patut bagi nasihat ni awak ignore jela ye. Sorry @rafyaakob @mawarashid harap korang berdua beringat ingat la selalu ye semoga berbahagia hingga jannah dan dijauhi dari perbuatan sihir oleh manusia yang dengki dan kejam Aamiin Aamiin Aamiin YRA

@rafyaakob: @miss_alin65 Saya tak tahu banyak dan tak ada pengalaman dalam isu sihir? Hmmm you clearly don’t know me and my family. I respect your opinion and I’m not mad. But if you need on advice on sihir and how to deal with it, DM me :) Thank you

Itulah perbualan antara mereka berdua tentang sihir pemisah ini.

Apa pun, lebih baik perkara ini tidak diambil serius kerana tidak ada sesiapa pun yang mahukan rumahtangga yang berentakan lebih-lebih lagi angkara sihir.

Semoga Raf Yaakob dan Mawar Rashid bahagia selalu dan jangan dihiraukan sangat komen-komen dari para netizen.

Sumber: IG Raf Yaacob

Post a Comment

Previous Post Next Post