Boy Iman kena tahan lagi #malasnaklayan

Baru saja berseronok dengan muzik videonya dilancarkan minggu lalu, kini Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman, 38, direman lagi selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. 
Lapor Harian Metro, perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 
Boy Iman tiba di mahkamah pada jam 11 pagi dalam keadaan bergari, diiringi anggota polis. 
Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.
Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.


Sumber Boy Iman kena tahan lagi #malasnaklayan

Post a Comment

Previous Post Next Post