Baru-baru ini menerusi laman Twitter, penyanyi lagu berusia 25 tahun itu memberitahu dia sudah berputus asa untuk berdiet dan dia kini mahu lebih yakin dan positif serta menerima diri sendiri seadanya.
"Saya memilih untuk menerima apa yang saya lihat kerana saya suka diri saya. "Jika anda juga berjuang, jangan lupa... jika saya boleh lakukan, anda juga boleh!
Tambah pelantun lagu Skyscrape itu lagi, dia tidak mahu lagi memaksa dirinya dan tidak mahu berbohong. Saya sudah berputus asa untuk berdiet," katanya.
Demi mula terbuka berkongsi dengan peminatnya tentang masalah gangguan makan dan usahanya dari segi memperbaiki imej dan penampilannya.
Ketika menjadi tetamu program The Ellen DeGeneres Show baru-baru ini, bekas bintang Disney memberitahu Ellen DeGeneres bahawa dia cuba membantu orang lain dalam perjalanan mereka untuk mencintai diri sendiri.
"Saya telah bekerja pada diri saya sejak setahun lalu, lebih daripada yang pernah saya lakukan pada diri sendiri," katanya.
"Saya benar-benar menyerah dan belajar mencintai diri sendiri, dan saya merasakannya," katanya.
Sementara itu, Demi akan memulakan konsert jelajah Amerika Utara, Tell Me You Love Me Tour sempena mempromosikan album barunya pada 26 Februari di San Diego dan kemudian di Tampa, Florida, pada 31 Mac depan.
Sumber Dah Putus Asa Nak Berdiet