Demi anak, Ezad Lazim jual baju sekolah

PENYANYI Ezad Lazim mengambil keputusan untuk menjual baju sekolah demi anak-anak kesayangannya, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish yang masing-masing berusia empat dan dua tahun. 

"Idea untuk mengeluarkan baju sekolah ini bermula apabila saya sukar mencari baju sekolah anak dan ketika itu saya mendapat idea untuk mengeluarkan baju sekolah jenama sendiri.

"Akhirnya, kami memutuskan untuk tampil dengan jenama Bijak dan sudah mula dipasarkan pada bulan Disember lalu.

"Mudah sebenarnya menjual baju sekolah kerana ia sudah mempunyai garis panduan ditetapkan dan kami tidak perlu memerah otak memikirkan bentuk serta corak berlainan dengan yang sedia ada kerana pakaian sekolah sama saja semuanya.

"Sambutan yang diterima oleh orang ramai amat menggalakkan dan saya berharap agar dapat menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan tetap sehingga dapat dipasarkan ke luar negara," katanya kepada Astro Gempak.

Ezad berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Kopi Badang di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ezad telah mendirikan rumah tangga bersama Nor Azeana Ramli pada Mac 2013.



Sumber Demi anak, Ezad Lazim jual baju sekolah

Post a Comment

Previous Post Next Post