Disangka tahi bintang, rupanya najis beku

Pesawat menyimpan bahan buangan dalam tangki khas sehingga kapal terbang mendarat sebelum ia dikosongkan.

tahi-beku-dari-langitfmt-ohsem-inside-article1Penduduk sebuah perkampungan kecil di India berlumba sesama sendiri mengambil cebisan najis beku jatuh dari awangan menyangka ia tahi bintang.

Bagaimanapun hasil ujian dijalankan pihak berkuasa mengesahkan ia sekadar najis kemungkinan jatuh dari pesawat.

Najis beku seberat hampir 12kg dipercayai jatuh dari pesawat yang sedang berterbangan sehingga mencetuskan huru-hara dalam kalangan penduduk kampung.

Kejadian berlaku di Fazilpur Badli, Gurgaon, Sabtu lalu apabila ketulan ais besar terhempas atas tanah pada awal pagi, mengeluarkan bunyi dentuman kuat.

Pegawai tempatan, Vivek Kalia berkata: “Objek itu terhempas dan menghasilkan bunyi kuat menyebabkan orang ramai lari keluar dari rumah untuk melihat apa berlaku.

tahi-beku“Ada penduduk menyangka ia objek dari angkasa lepas. Ramai yang membawa pulang cebisannya kerana disangka batu angkasa,” katanya lapor Daily Mail.

Pesawat biasanya menyimpan bahan buangan dalam tangki khas sehingga kapal terbang mendarat sebelum ia dikosongkan.

Bagaimanapun ia tidak menolak kebocoran tangki boleh berlaku.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Disangka tahi bintang, rupanya najis beku

Post a Comment

Previous Post Next Post