Elak rasuah, jangan hampakan penyokong

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) tidak teragak- agak mengambil tindakan jika terdapat pemain yang mengamalkan gejala rasuah," kata Presiden MUSA, Datuk Seri Idris Haron sempena majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi skuad terbabit di Stadium Hang Tuah, malam tadi.

Menurutnya, dia mahu kesemua pemain mengamalkan integriti tinggi, mengutamakan pasukan dan menjaga maruah diri dan nama MU sekali gus tidak terbabit dengan gejala negatif.

Katanya, pemain juga diminta tidak menghampakan peminat setia pasukan yang sentiasa menyokong walau di mana mereka beraksi.

Oleh itu pemain perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi selain persembahan meyakinkan sepanjang musim ini.

"Pemain juga diharap mampu mencapai kejayaan lebih gemilang dengan meraih salah satu piala dipertandingkan termasuk kejuaraan Liga Super selepas berjaya menduduki tangga kelapan musim lalu.

"Skuad Hang Tuah juga layak ke suku akhir Piala Malaysia dan pusingan ketiga Piala FA musim 2017. Justeru, tidak mustahil pencapaian lebih baik mampu diraih kali ini,"katanya.

Majlis pengenalan pemain terbabit dihadiri kira- kira 5,000 penyokong setia dengan warna jersi pasukan turut diperkenalkan kepada peminat buat pertama kali.

MU mengekalkan jersi Hijau Putih ketika perlawanan di laman sendiri selain biru dan merah di tempat lawan.

Syarikat Warrix dari Thailand menaja jersi pasukan Hang Tuah bagi musim 2018/2019. Hadir sama Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri, Datuk Ab Rahaman Karim.



Sumber Elak rasuah, jangan hampakan penyokong

Post a Comment

Previous Post Next Post