'Farid Kamil beruntung, ramai sokong dia' - Ezad Lazim

Penyanyi Ezad Lazim mengakui aktor Farid Kamil beruntung kerana ramai pihak yang menyokongnya selepas terlibat dengan kes menampar polis dan menendang dua orang awam serta penyalahgunaan dadah.
 
Menurut bekas vokalis kumpulan Exist ini, sebagai rakan dalam industri dia juga turut memberi sokongan kepada Farid dan berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.
 
"Saya nampak Farid Kamil agak bernasib baik kerana banyak pihak yang menyokong dia sejak awal.
 
"Kalau macam saya dulu tidak ramai orang yang menyokong namun apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
 
"Saya tidak tahu sama ada Farid Kamil terjebak mahupun tidak dengan gejala ini namun sebagai rakan saya doakan yang terbaik untuk dia.
 
"Mungkin ini adalah dugaan serta musibah dalam hidup dia dan Farid harus memandang perkara ini dari sudut positif," katanya kepada Astro Gempak.

BACA: 'Saya rindukan anak-anak, memang harap Diana datang'- Farid Kamil
 
Ezad berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Kopi Badang di Hotel Hilton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

BACA: Tahanan reman pelakon berpangkat Datuk dilanjut sehari lagi bermula hari ini

Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa, atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Pelakon berusia 37 tahun itu tamat reman pada Selasa selepas ditahan selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menampar polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu. - Teks: Rozaimi Zubaidi



Sumber 'Farid Kamil beruntung, ramai sokong dia' - Ezad Lazim

Post a Comment

Previous Post Next Post