Farid: Saya ‘baik-baik sahaja’ dalam lokap, semuanya aman

Datuk Farid Kamil Zahari mengakui berada dalam keadaan baik sepanjang empat hari dalam lokap polis. — Foto oleh Hari AnggaraDatuk Farid Kamil Zahari mengakui berada dalam keadaan baik sepanjang empat hari dalam lokap polis. — Foto oleh Hari AnggaraPETALING JAYA, 15 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari dalam keadaan baik sepanjang empat hari dalam lokap.

“Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja dan bersyukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan aman.

“Sekarang ini saya hanya ikut perintah dan terima kasih kepada semua,” kata pelakon “Tombiruo” itu kepada mStar Online.

Farid, 37 tahun, dilanjut reman sehari lagi selepas tempoh empat hari berakhir hari ini, ditemui sebelum menaiki kenderaan polis di Mahkamah Petaling Jaya.

Adiknya Fadzil Zahari, berterima kasih kepada rakan artis dan media, berasa lega kerana Farid lebih tenang  berbanding “nampak sangat tertekan” ketika ditahan pada Khamis lalu.

“Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti,” katanya, turut memohon maaf kepada individu yang diserang abangnya.

Lapor Kosmo! pula, Dr Anis Anwar, seorang lagi adik Farid, mahu membawa abangnya mendapatkan rawatan terperinci di hospital tetapi keluarga terlebih dulu mahu memastikan tahap kesihatan Farid.

Anis, 30 tahun, doktor ortopedik sebuah hospital swasta, berkata pelbagai proses perubatan  perlu dibuat bagi mengesahkan tahap kesihatan Farid.

“Tekanan juga merupakan salah satu daripada masalah mental, tetapi sebelum membuat sebarang keputusan kita perlu menjalani beberapa peringkat rawatan terlebih dahulu,” katanya.

Farid ditahan di balai polis Kota Damansara kerana menampar anggota polis dan orang awam, sebelum dia direman keesokannya. Berdasarkan keputusan air kencing, Farid juga positif dadah.



Sumber Farid: Saya ‘baik-baik sahaja’ dalam lokap, semuanya aman

Post a Comment

Previous Post Next Post