Rempuh plaza tol Batu Tiga, dua sahabat maut

Kemalangan di Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam yang mengorbankan dua nyawa pagi 15 Jan 2018. — Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat Subang JayaKemalangan di Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam yang mengorbankan dua nyawa pagi 15 Jan 2018. — Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat Subang JayaSHAH ALAM, 15 Jan — Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh tembok Plaza Tol Batu Tiga, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada  6.36 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya’Baniah Norhisham, 20.

“Pemandu kereta itu pula, Muhammad Azri Dahlan Jamit, 23, yang juga abang kepada Muhammad Azki cedera pada beberapa bahagian badan dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang serta dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Kuala Lumpur ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di plaza tol berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, dua penumpang (Muhammad Azki dan Norsya’Baniah) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan akibat tersepit di dalam kereta itu yang remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dibedah siasat di Hospital Shah Alam dan dituntut anggota keluarga kira-kira 1.30 tengah hari tadi,” katanya.

Shafien berkata pihaknya akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian dan sedang mencari saksi bebas untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. — Bernama  



Sumber Rempuh plaza tol Batu Tiga, dua sahabat maut

Post a Comment

Previous Post Next Post