FIFA 18: Bosan main 'game' sebagai hobi? Cabar diri anda untuk wakil negara

KUALA LUMPUR: BAGI pemain permainan video FIFA 18 yang mahu menjadi aktiviti itu bukan hanya sekadar hobi, inilah masanya untuk anda mengetengahkan bakat dan berpeluang mewakili negara serta Asia Tenggara sebagai pemain e-sukan.

Saluran e-sukan Astro, eGG Network dan FOX Sports Asia bakal menganjurkan Kejohanan FIFA 18 Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara pada bulan hadapan.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan dipilih sebagai wakil Asia Tenggara untuk berentap dengan pemain FIFA 18 terbaik dunia di Jerman.

Jika anda percaya dengan bakat dan kemampuan yang ada, daftarkan diri di egg.network/foxsports dengan segera kerana tempat penyertaan adalah terhad kepada 256 pemain.

Pusingan kelayakan akan berlangsung di Battle Arena, Petaling jaya pada 10 dan 11 Februari depan.

Adakah anda Fenrir atau Am Tuah yang seterusnya?



Sumber FIFA 18: Bosan main 'game' sebagai hobi? Cabar diri anda untuk wakil negara

Post a Comment

Previous Post Next Post