Ingin Dapatkan Angpau Edisi Terhad 'Ah Jib Gor'? Ini Caranya!

Ingin Dapatkan Angpau Edisi Terhad 'Ah Jib Gor'? Ini Caranya!

Dapatkan angpau edisi terhad ini sementara stok masih ada! (Gambar: Facebook Najib Razak)

Bulan depan seluruh masyarakat Cina di seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Cina dan sebagai negara yang berbilang kaum, Malaysia juga antara yang menyambutnya dalam suasana cukup meriah.

Seperti mana sambutan Aidilfitri yang menggunakan sampul raya, Tahun Baru Cina juga sinonim dengan penggunaan angpau.

Mungkin ada yang menunggu angpau edisi khas daripada syarikat atau jenama popular tetapi anda juga mungkin boleh mempertimbangkan angpau istimewa daripada Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Razak!

TAHUN KEENAM PEMBERIAN ANGPAU EDISI KHAS

Imej Najib yang dikartunkan dipaparkan di dalam angpau ini.
Ya, seperti tahun-tahun sebelumnya, Najib akan mengedarkan angpau percuma kepada peminatnya di Facebook Mandarin beliau, Ah Jib Gor sempena Tahun Baru Cina.

Seperti yang anda maklum, pada tahun ini perayaan itu akan disambut pada 16 Februari.

Najib berkata, ia adalah kali keenam sejak tahun 2013 beliau melancarkan sampul merah khas edisi terhad itu. Jelasnya, ia sebagai memanfaatkan Tahun Baru Cina untuk meraikan dengan lebih meriah.

Rekaan sampul tahun ini juga unik kerana ia mengandungi karikatur Najib bersama masyarakat pelbagai kaum yang sedang mengadakan mengaul Yee Sang.

ANGKAT TEMA YEE SANG

Bagi tema pula, sampul berkenaan menggunakan ‘Lou Sang’ atau gaul Yee Sang sebagai tema sampul. Selain menjadi antara makanan kegemaran Perdana Menteri, 'Yee Sang' juga turut diiktiraf sebagai makanan warisan negara.

Selain itu, beberapa makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul juga diterapkan dalam sampul berkenaan.

Bagi anda yang mahukan sampul edisi terhad itu, hanya perlu tekan 'like' pada laman FB beliau dan kemudian mengisi butiran peribadi yang diperlukan.

Setiap peket mengandungi enam keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada.



Sumber Ingin Dapatkan Angpau Edisi Terhad 'Ah Jib Gor'? Ini Caranya!

Post a Comment

Previous Post Next Post