Ini Cara Guna Mesin Fogging Dengan Betul

Di sinilah bahagian yang paling panas pada mesin fogging.
Oleh sebab itu, fogger diwajibkan memakai overall @ baju yang tebal dan juga sarung tangan kulit bagi mencegah sebarang kemalangan daripada berlaku.

Untuk keselamatan, selepas habis 1 caj fogging, mesin hendaklah dimatikan sekurang-kurangnya 5 minit bagi tujuan penyejukkan sebelum caj kedua dimulakan.

Banyak kes tong petrol terbakar telah terjadi ketika proses pengisian minyak petrol di lakukan.

Antara langkah sesuai:
-Matikan mesin terlebih dahulu
-Tunggu mesin sejuk
-Pastikan tiada orang awam @ kanak-kanak berada berhampiran dengan mesin.
-Lakukan bancuhan dan pengisian di tempat terbuka.

Jika terbakar:
-Jangan panik.
-Alihkan tong petrol
-Guna pemadam api
-Jika tiada pemadam api, cari pasir.
-Jika tiada pasir, cari baju @ apa-apa kain yang dibasahkan. Kemudian terlengkupkan pada api.

Jika mesin overflow:
-Tutup stopcourt (solution tap)
-Pam mesin 2, 3 kali sehingga api padam
-Pastikan nozzle melintang dan tidak terlalu menunduk.
-Jika overflow di dalam premis, cari jalan keluar secepat mungkin.

Tali mesin fogging hendaklah dipakai seperti di dalam gambar.
-Jangan galas mesin secara melintang
-Pastikan mesin dan tali berada pada sebelah kanan badan secara selari.
-Jika mesin terbakar,senang untuk jauhkan mesin pada badan.

Mat Yoe


Sumber Ini Cara Guna Mesin Fogging Dengan Betul

Post a Comment

Previous Post Next Post