Janna Enggan Balas Provokasi

Janna Enggan Balas Provokasi

Tidak mahu lagi peduli dengan komen negatif. (Pic: Chempaka Nur Iman)

Andai sebelum ini pelakon Janna Nick antara selebriti yang lantang di media sosial, tahun 2018 memperlihatkan permulaan baru kepadanya.

Bintang Kimchi Untuk Awak itu memaklumkan mahu lebih tone down ketika menggunakan media sosial dalam komunikasi bersama peminat.

Sekaligus, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 23, itu cuba tidak lagi membalas komen berunsur negatif atau provokasi.

;“Setiap insan pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun sedikit sebanyak, perubahan masa akan menjadikan kita lebih matang.

“Saya juga seperti orang lain yang turut melalui transisi kehidupan. Pada satu tahap kita akan tersedar dan cuba mencari kelemahan sendiri.

“Melihat kepada khilaf yang mungkin saya tidak sedari sebelum ini, saya merasakan sudah tiba masanya untuk lebih bertenang dalam berdepan apa jua provokasi.

“Andai ada lagi komen negatif di kemudian hari, rasanya saya tidak perlu lagi membalas atau melayani perkara terbabit,” katanya yang memaklumkan enggan menggungkit kisah lama.

Pada masa sama, mengulas mengenai tangggungjawab baru sebagai hos Melodi bersama Ajak Shiro, Janna menyatakan ia sebagai cabaran yang menyeronokkan.

Biar turut berdepan kritikan, dia akui masih berbesar hati apabila lebih ramai memberikan maklum balas positif yang menaikkan lagi semangatnya.

“Ini sudah minggu kedua kami mengendalikan Melodi. Rasa teruja setiap kali bersiaran namun tetap timbul sedikit rasa bimbang untuk mendengar respon penonton.

“Apa pun, baik saya dan Ajak, kami cuba memberikan yang terbaik tanpa dibayangi pengacara terdahulu. Berikan kami masa,” katanya yang melihat 2018 sebagai tahun untuk lebih positif.



Sumber Janna Enggan Balas Provokasi

Post a Comment

Previous Post Next Post