PETALING JAYA: Aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil, menganggap kontroversi yang menimpanya sebagai ujian getir yang memberi warna dalam kehidupannya.
Farid turut meluahkan kesyukuran apabila dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 selepas lima hari berada dalam tahanan reman.
"Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya.
"Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya," katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.
Farid yang ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini tampak ceria dan lebih bersemangat berbanding ketika ditahan polis pada Khamis lalu.
Beliau turut menyatakan kerinduan kepada dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.
"Saya mahu berjumpa anak-anak. Saya rindukan mereka," jawab aktor terbabit apabila ditanya perkara pertama yang ingin dilakukan sebaik dibebaskan.
Farid dibawa pulang menaiki kenderaan ahli keluarganya.
Sumber 'Ini ujian-Nya' - Farid Kamil