PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, tidak mampu menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Datin Diana Danielle, di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Katanya, beliau memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.
"Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.
"Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana," katanya ketika dibawa masuk ke bilik reman di sini.
Sebelum ini, Farid direman empat hari atas dakwaan menampar anggota polis di Balai Polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.
Semalam, reman Farid disambung lagi sehari dan kini beliau sedang keputusan sama ada reman disambung atau ikat jamin polis.
Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan.
Sumber 'Saya sayang awak, Diana'