JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kenderaan mewah milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata, pihaknya juga sudah mengeluarkan saman kepada pemilik kereta mewah jenis Roll Royce iaitu Datuk Seri Aliff Syukri itu kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
“Pemilik berkenaan sudah hadir untuk menjalani proses temu siasat mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu sebelum 22 Januari.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada 1 Januari lalu, kenderaan milik Aliff Syukri jenis Rolls Royce terbabit antara 20 kenderaan yang disita.
Kenderaan berkenaan ditahan pada Op Patuh dijalankan JPJ mendapati kereta mewah itu disewa warga Australia disita atas kesalahan menipu kawasan pengisytiharan penggunaan LKM.
Selain itu, kereta berkenaan turut disaman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Sumber: Metro
Sumber Isu salah guna Lesen Kenderaan Motor untuk Rolls Royce, JPJ dalam proses saman Aliff Syukri