PETALING JAYA, 22 Jan — Polis Kuala Muda berjaya menahan seorang lelaki yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak lewat malam kelmarin.
Ketuanya, ACP Saifi Abdul Hamid berkata suspek diberkas di rumahnya di Sungai Petani, Kedah selepas dua laporan diterima berhubung kejadian itu.
“Dia diberkas 3 petang tadi. Ibu mangsa membuat laporan polis pada 2 pagi selepas melihat video perlakuan itu yang tular,” katanya.
Saifi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak kerana menyerang secara fizikal dan seksual.
Video 20 saat itu menunjukkan suspek memeluk kanak-kanak perempuan yang duduk di atas ribanya dengan tangannya di dalam baju mangsa.
Lelaki itu, yang tidak dinyatakan usia, dilaporkan mencium pipi mangsa.
Suspek berkelakuan tidak senonoh di tapak pesta Taman Ria antara jam 11 malam kelmarin hingga 1 pagi semalam setelah mengambil mangsa dari rumah.
Lelaki itu meminta izin membawa mangsa dari rumahnya dengan alasan ingin membeli makanan di Taman Bandar Baru.
Sumber Polis tahan lelaki cabul budak di tapak pesta