Bagaimanapun dia tidak menyimpan dendam dengan kata-kata mereka itu malah dia dan isteri sudah lali dengan kata-kata itu sejak tiga tahun lalu.
"Jagalah mulut apabila beri komen jangan sesuka hati tuduh orang mandul,” luah pelawak Achey, 32, apabila ada pihak mengatakan dia dan isteri mandul kerana belum dikurniakan anak walaupun tujuh tahun berumahtangga.
"Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap.
"Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara,” katanya seperti yang dipetik daripada laporan Harian Metro.
Achey menganggap situasi yang dihadapinya kini adalah ujian dari Allah dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian.
Katanya, sehingga hari ini mereka tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.
Sumber "Jagalah Mulut, Jangan Sesuka Hati Tuduh Orang Mandul"