Jakim ambil masa pastikan identiti Sajat

Wakil Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof bertemu Nur Sajat (kanan sekali) berbincang tentang isu identiti sebenar usahawan kosmetik itu. — Foto ihsan Instagra/nursajat02Wakil Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof bertemu Nur Sajat (kanan sekali) berbincang tentang isu identiti sebenar usahawan kosmetik itu. — Foto ihsan Instagra/nursajat02KUALA LUMPUR, 19 Jan — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan masa yang panjang bagi mengenal pasti identiti Nur Sajat.

Penolong pengarah pembangunan keluarga dan komunitinya berkata Jakim akan memaklumkan identiti usahawan kosmetik itu selepas disahkan pakar kajian syariahnya.

“Ingin kami jelaskan bahawa kami bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Proses ini akan mengambil masa yang panjang melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minima.

“Kami juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.” coret Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi Facebook.

Izwan pada Selasa mengadakan pertemuan dengan Sajat bagi merungkai isu identiti usahawan kosmetik itu.

Media melaporkan pertemuan hampir sejam di Wisma Nur Sajat di Shah Alam itu turut dihadiri ibu bapanya serta peguam.

Pegawai Jakim itu sebelum ini berhasrat mahu bertemu Sajat untuk “lebih mengenali” dan memberi nasihat mengenai isu kekeliruan identiti dan jantina mengikut perspekstif Islam.



Sumber Jakim ambil masa pastikan identiti Sajat

Post a Comment

Previous Post Next Post