KUALA LUMPUR, 16 Jan — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengadakan pertemuan dengan usahwan kosmetik terkenal Nur Sajat bagi “merungkai persoalan ummah” tentang isu identiti dirinya.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti berkata hasil pertemuan dapat menemui jalan penyelesaian, lapor mStar Online.
“Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.
“Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat,” kata Dr Mohd Izwan Md Yusof.
Harian Metro melaporkan turut serta pertemuan hampir sejam di Wisma Nur Sajat di Shah Alam pukul 3 petang tadi ibu bapa pengasas produk Let’s Cantik serta peguam.
Dr Izwan sebelum ini berhasrat mahu bertemu Sajat untuk “lebih mengenali” dan memberi nasihat mengenai isu kekeliruan identiti dan jantina mengikut perpekstif Islam.
Pakar tentang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Dr Izwan turut menasihati Sajat mendekati al-Quran.
Ketua pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha menyokong Dr Izwan kerana katanya jabatan itu “membantu bukan menghukum”.
Sumber Jakim jumpa ‘jalan penyelesaian’ untuk sahkan identiti Sajat