James Franco menang pelakon lelaki terbaik

PELAKON James Franco berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik kategori komedi dalam Golden Globes 2018 menerusi filem The Disaster Artist.

Kemenangan itu sekaligus mengetepikan calon lain seperti Steve Carell, Hugh Jackman, ansel Elgort dan Daniel Kaluuya.

Memetik laporan People.com, kejayaan ini lebih mengujakan apabila filem itu adalah arahanya sendiri.

"Orang pertama yang saya perlu berterima kasih ialah hero filem itu sendiri, Tommy Wiseau!.

"Filem ini dihasilkan sebagai filem terburuk yang pernah dibuat, tetapi yang paling penting adalah nilai persahabatan yang diterjemahv dalam naskhah ini," katanya. 



Sumber James Franco menang pelakon lelaki terbaik

Post a Comment

Previous Post Next Post