Jangan sabotaj calon - Muhyiddin

SHAH ALAM: Semua parti dalam Pakatan Harapan perlu menyokong calon dipilih pucuk pimpinan dan mengelakkan sabotaj dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembahagian kerusi hampir selesai dan akan diumumkan bila tiba masanya.

Katanya, keputusan pembahagian kerusi secara rundingan yang teratur dan setiap parti perlu menghormatinya serta bertolak ansur.

"Mungkin ada yang tak berpuas hati kerana kawasan berkenaan tidak ditandingi parti mereka. Kita perlu akur kerana itu adalah keputusan bersama," katanya berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan berkata, gabungan parti pembangkang itu akan bertanding semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).



Sumber Jangan sabotaj calon - Muhyiddin

Post a Comment

Previous Post Next Post