IPOH, 31 Dis — Datuk Hamidah Osman hari ini mempersoalkan keabsahan mesyuarat agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan semalam.
Bekas naib presiden parti pecahan Umno itu berkata mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian perlu diadakan sebelum berlangsungnya mesyuarat agung.
“Adakah mesyuarat agung semalam sah apabila tiada mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian?
“Disebabkan mereka gagal mengikut perlembagaan parti, jangan pula disalahkan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Jika parti boleh melanggar perlembagaan, apa yang akan berlaku jika mereka memerintah negara? Mereka belum bersedia,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Baca selanjutnya di Malay Mail Online
Sumber Jangan salahkan RoS jika mesyuarat PPBM tidak sah, kata Hamidah
Tags:
PMMO