JKKK sambung kontrak bekal buluh betong untuk panda

Gelagat comel anak ‘Gaint Panda’ Nuan Nuan yang sedang diperhati oleh pengunjung di Zoo Negara di Kuala Lumpur 5 Oktober, 2017. — Foto BernamaGelagat comel anak ‘Gaint Panda’ Nuan Nuan yang sedang diperhati oleh pengunjung di Zoo Negara di Kuala Lumpur 5 Oktober, 2017. — Foto BernamaREMBAU, 25 Jan — Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu dekat sini terus diberi kepercayaan membekalkan buluh betong sebagai makanan buat panda di Zoo Negara untuk tempoh lima tahun lagi.

Pengerusinya Zubir Jamal berkata perjanjian membekalkan buluh betong itu diperbaharui kelmarin di sebuah majlis yang berlangsung di Zoo Negara, Kuala Lumpur setelah ia tamat pada 31 Dis 2017.

Perjanjian yang dimeterai antara Koperasi Kariah Masjid Kundur Hulu Rembau Bhd dan Zoo Negara itu ditandatangani oleh beliau yang juga pengerusi koperasi tersebut manakala Zoo Negara diwakili Presidennya Datuk Zaharin Md Arif.

"Mengikut perjanjian itu, pihak Zoo Negara akan mengambil bekalan buluh betong di kampung ini, seminggu dua kali bagi mengekalkan kesegaran buluh," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mula membekalkan buluh tersebut sejak 2015 dan perjanjian sebelum ini hanya untuk tiga tahun.

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dipinjamkan kerajaan China menerusi program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China dan akan berada di Malaysia selama 10 tahun.

Ia juga sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China, yang disambut pada 31 Mei. — Bernama



Sumber JKKK sambung kontrak bekal buluh betong untuk panda

Post a Comment

Previous Post Next Post