Jom Buat Putu Mayam Homemade

Ramai yang suka makan putu mayam dan kadang-kadang bila teringin pula susah mencari orang jual putu mayam. Kini anda boleh buat sendiri putu mayam di rumah dengan hanya menyediakan tiga bahan saja. Apa yang penting ia murah, saiz hidangan lebih banyak dan boleh makan bila-bila masa.

BACA: Jom Buat Sendiri Takoyaki

Bahan-bahan

Satu paket kecil bihun jenama Faiza
Sedikit gula perang
Sedikit kelapa parut

Cara-cara

– Rendam bihun selama 10 minit.
– Kemudian toskan bihun.
– Didihkan air dalam periuk kukus.
– Kukus bihun selama 15 minit atau hingga lembut.
– Hidang dalam pinggan bersama gula perang dan kelapa parut.
– Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Resepi Asal Bubur McD
Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak

Post a Comment

Previous Post Next Post