Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata pihaknya telah melihat laman itu dan mendapati terdapat beberapa komen berunsur jenayah.
Beliau berkata pemilik akaun Facebook itu mencadangkan agar membunuh anggota yang terlibat dalam operasi menangkap anjing liar, sementara terdapat komen lain yang turut menyarankan untuk membuat sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditahan dan menggunakan pendekatan ekstrem untuk menghalang operasi itu.
"Pihak polis tidak gusar dengan ancaman terhadap kakitangan awam yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata walaupun laman Facebook itu berniat baik untuk menyelamatkan anjing-anjing liar tersebut, ia kelihatan lebih kepada menghasut keganasan dalam kalangan peminat laman itu.
"Pihak polis sedang menyiasat laporan itu sebagai jenayah ugutan dan akan memanggil pemilik akaun tersebut untuk siasatan.
"Pada masa sama, kami memberi amaran kepada pihak yang cuba menghalang anggota kakitangan veterinar daripada menjalankan tanggungjawab mereka," katanya sambil menambah sebarang cubaan menggunakan kekerasan, mendatangkan bahaya atau menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas boleh didakwa di mahkamah.
-- BERNAMA
Sumber JPV Sarawak buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook