Kerana berebut wanita, lelaki maut dikelar

SHAH ALAM: Kerana perebutan untuk mendapatkan seorang wanita, seorang lelaki yang juga peniaga kosmetik, maut selepas bergelut dengan lelaki warga Indonesia.

Kejadian berlaku di tapak pasar malam Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Mangsa yang berasal dari Kedah, Mohd Nor Syazrin Rasi, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian, selepas dikelar dengan celoret oleh suspek dan diserang empat lelaki.

Sementara itu, suspek yang berusia 30 tahun cedera parah dan dibawa ke Hospital Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan teman wanita suspek.

Suspek dikatakan cemburu dan bersemuka dengan mangsa, sebelum pertemuan itu kemudian berlanjutan menjadi pertengkaran.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Klang.



Sumber Kerana berebut wanita, lelaki maut dikelar

Post a Comment

Previous Post Next Post