Juruteknik pergigian ditemui mati

Seorang juruteknik pergigian Klinik Kesihatan Port, Mahussin Rahim, 28, ditemui mati di rumahnya di tingkat empat Kuaters Kakitangan Klinik Kesihatan di Lukut sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, mayatnya ditemui oleh rakannya yang datang ke kuaters berkenaan selepas mendapati Mahussin tidak hadir kerja sejak Jumaat.

Menurutnya, mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam di dalam bilik dan dipercayai telah mati sekitar 72 jam lalu.

"Siasatan di rumahnya mendapati beg duit serta talefon miliknya dan kunci keretanya tidak ada.

"Motosikalnya yang diparkir di bawah kuaters berkenaan termasuk topi keledar juga tidak ada," katanya.

Zainudin menambah, polis akan menyiasat dari segenap aspek kejadian ini dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat mengenalpasti punca kematiannya," katanya.



Sumber Juruteknik pergigian ditemui mati

Post a Comment

Previous Post Next Post