Lagu judul Pematah Hati tersebut merupakan ciptaan komposer yang sedang meningkat naik Hael Husaini.
"Semuanya bermula apabila baru-baru ini kan tersebar cerita kononnya kumpulan Mirwana tidak berpuas hati kerana lagu baru mereka, Cinta Bukan Mainan tidak begitu menonjol.
"Jadi saya sebagai pencipta lagu itu telah disalahkan.
"Untuk makluman semua, saya pencipta sahaja, tidak semestinya setiap lagu-lagu saya itu akan terus meletup, mungkin ada yang popular, malah mungkin ada juga yang akan ambil masa. Semua ini adalah di luar bidang kuasa saya," kata Hafiz.
Tambah Hafiz, sebenarnya lagu tersebut juga adalah untuk dirinya dan bukan untuk Mirwana.
Pun begitu, meskipun ada yang menyalahkan dia tetapi Hafiz tidak berkecil hati sebaliknya dia faham mengapa perkara itu berlaku.
"Sejak dikongsikan di laman YouTube pada 31 Oktober lalu, sehingga kini lagu Cinta Bukan Mainan hanya mencecah hampir 300,000 tontonan sahaja.
"Lagu tersebut tidak berkumandang sangat di corong radio-radio utama. Kebanyakan cari alasan kenapa mereka tak mahu mainkan lagu itu.
"Terus-terang ada yang katakan mereka payah nak terima lagu saya itu. Mereka suruh saya buat lagu macam 'cumi-cumi'. Tapi pada saya setiap komposer ada gaya masing-masing, jadi kena bantulah saya dengan kekuatan yang saya ada.
"Kalau radio yang besar-besar ini tak bantu, susahlah kami," ujar Hafiz lagi.
Selain lagu Mirwana, lagu nyanyian Bob, Terbuang Dalam Pelukan juga ciptaan Hafiz, khabarnya kurang mendapat sambutan.
Sumber Kesal stesen radio suruh cipta lagu ala cumi-cumi