Foto Hiasan |
Kebiasaannya, tiada ibu bapa yang suka tinggalkan anak kecil mereka berada di bawah jagaan pengasuh untuk jangka masa yang lama. Habis saja waktu bekerja, terus pecut kereta untuk menjemput anak yang dirindui dari rumah pengasuh.
Namun berbeza bagi ibu bapa bayi perempuan berusia sembilan ini yang ternyata mengambil kesempatan terhadap pengasuh yang baik hati ini. Saban hari anak kecil itu diambil pada jam 9 malam. Bila ditanya kenapa lewat, alasan yang diberikan cukup menyakitkan hati.
Jika diikutkan hati, mahu saja confessor ini berhenti dari menjaga anak pasangan ini. Namun bimbang dan terbit rasa kasihan pada si kecil itu membuatkan dia bertahan dan cuba menjaganya sebaik mungkin. Percayalah, confession ini akan membuatkan anda terasa sakit hati.
ASSALAMUALAIKUM semua. Saya pengasuh bayi perempuan berusia 9 bulan, yang ibu bapanya masing-masing pegawai bank. Saya tiada masalah dengan bayi berkenaan tetapi saya pelik dengan ibu bapanya yang seperti tidak sayangkan anak. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang saya rasa pelik.
1. Sejak saya menjaga bayi berkenaan enam bulan yang lalu, susu sedikit pun tidak dibekalkan oleh ibu bapanya. Dia hanya sekadar meminta saya memberi anaknya air kosong sahaja. Saya ada anak berusia satu tahun tujuh bulan, tetapi dia menyusu badan sepenuhnya.
Jadi, selama tiga bulan suami belikan bayi itu susu murah sahaja. Selepas bayi itu berusia enam bulan, suami suruh saya berhenti beli susu dia kerana kami pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Tetapi saya tetap bersyukur kerana kami cukup makan pakai. Untuk makluman, ibu bapa bayi ini hanya membayar saya RM200 sahaja sebulan.
2. Setiap kali hari Isnin datang ke rumah saya, mesti baby penuh berdaki di lehernya. Saya pelik, apakah ibu bapanya tidak memandikan anak mereka? Setiap hari baby itu dihantar pada saya waktu pagi, pampers penuh, baju petang semalam yang saya pakaikan selepas mandi dan anak dia seperti sangat kehausan. Di rumah, mereka abaikan ke anak mereka ini?
3. Pampers dan susu baby setiap kali ditanya, mereka akan jawab, "Anak awak kan ada, kongsilah". Untuk pengetahuan, anak saya ada eczema. Pampers yang kulit dia boleh terima hanya huggies pack berwarna hijau yang harganya RM40 sepeket. Takkan saya pula yang kena menanggung pampers anaknya sekali? Saya bukan kedekut tetapi kami juga berada dalam keadaan cukup-cukup makan. Sedangkan mereka bergaji tinggi, takkan pampers dan susu anak sendiri pun kami yang sediakan?
4. Sabun mandi anak saya semuanya khas untuk kulit eczema yang mana harganya memang mahal. Tetapi disuruhnya anak dia berkongsi juga dengan anak saya. Memang mengambil kesempatan sungguh walaupun bayar RM200 sebulan.
Saya bertahan menjaga anak dia sebab saya kasihankan baby itu. Apalah nasib baby itu kalau dia hantar ke pengasuh yang lain (yang selalu marah budak jika tidak puas hati dengan ibu bapa anak asuhan).
Baby itu pun setiap kali nak balik mesti menangis-nangis memeluk saya. Seperti saya pula ibu kandungnya. Saya memang jaga baby itu sepenuh hati, ikhlas memberi kasih sayang seperti anak saya sendiri. Tetapi itulah, perangai ibu bapanya membuatkan saya terasa pelik.
Bila diajak berbincang, dia asyik kata, "Kalau tak nak jaga, cakap saja. Saya boleh humban anak saya ke dalam longkang tu," katanya. Ya Allah, saya dan suami tak sampai hati bila teringatkan budak tak berdosa itu. Sebab itu kami bertahan menjaga baby itu sampai sekarang.
5. Nak kata mereka tiada duit, setiap hari mereka ambil anak jam 9 malam. Katanya selepas mereka habis bekerja, mereka selalu pergi karaoke, main bowling dengan rakan sepejabat. Allahuakbar. Dia tak kasihan ke pada anak dia? Saya dan suami setiap hari mendoakan agar anak ini bila sudah dewasa kelak, jangan ada tekanan perasaan. Kami sedaya upaya memberikan kasih sayang yang secukupnya pada dia.
Pesan saya kepada ibu bapa yang belum ada niat nak beranak itu, rancanglah kehamilan anak ye. Kalau rasa tak puas enjoy, tolong jangan beranak dulu Kasihan pada anak itu dan kasihan pada kami yang mengasuh anak awak itu. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ini besar. Didikan kita sebagai ibu bapa ini penting untuk tumbesaran anak.
Sekarang, nasib baik baby dah berusia 9 bulan. Jadi apa yang saya bagi anak saya makan, dia pun boleh makan. Tetapi saya kasihan sangat bila anak saya tengah breastfeed, dia tengok saja. Nak breastfeedkan anak orang, saya takut sebab baby itu perempuan. Anak saya pula lelaki.
Nak belikan susu, suami pun kerja cukup-cukup makan pakai kami bertiga sahaja. Pampers pun suami yang sediakan untuk baby itu tetapi yang harga murah sebab takkan saya nak bagi dia pakai pampers anak saya yang bole htahan mahal itu? Untuk orang seperti saya memang akan rasa pampers Huggies pek hijau itu mahal.
Kiranya makan minum, pampers, barang mandian semua saya sediakan dan dibayar RM200 sebulan. Apa kedekut atau ibu bapa dia tak tahu tanggungjawab? Buntu saya dibuatnya. Tak nak jaga baby itu, saya kasihan dengan nasib dia saja, sebab saya dah menjaga dia selama enam bulan dari habis pantang lagi.
Sumber 'Kalau tak nak jaga cakap je, aku boleh humban anak aku ke dalam longkang tu' - kata si ibu kepada pengasuh anaknya
Tags:
thereporter