Itulah kisah dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru, Isteriku ‘Mem’ Besar, yang bersiaran menerusi Tonton First sejak 15 Januari lalu setiap Isnin, jam 12.00 tengah hari.
Isteriku ‘Mem’ Besar mengisahkan mengenai kehidupan keluarga yang berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dari gaya hidup bandar ke luar bandar yang terselit unsur humor dan pengajaran hubungan kekeluargaan.
Drama rantaian sebanyak 20 episod ini, secara tidak langsung juga merungkaikan kisah perkahwinan kompleks dengan situasi lucu yang berterusan melibatkan Azizi, lakonan Arash Mohd dan Maziah (dilakonkan Hasnah), iaitu pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka menjadi dingin disebabkan perbezaan perspektif.
Azizi yang penat bekerja di kota membuat keputusan untuk kembali ke kampung dan bersara dengan untuk tinggal bersama keluarganya. Sementara keluarganya pula, tidak bersetuju dengan alasan gaya hidup mereka cukup elegan kurang sesuai untuk kehidupan kampung.
Lalu, Azizi pula cuba mencari ketenangan namun terpalit dengan beberapa aksi lucu dalam mengekalkan hubungan bersama isteri dan keluarganya.
Tahun cemerlang Tonton
Pengarah tonton, Perlesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul memberitahu, konflik lucu melibatkan tema perkahwinan jarang diolah dalam bentuk komedi.
“Tema perkahwinan kontroversi sebelum ini kurang diolah menerusi drama humor. Menyelami kemahuan pelanggan tonton yang pelbagai, kami juga amat berbesar hati menampilkan Isteri ‘Mem’ Besar 7 bulan lebih awal dari siaran TV, eksklusif di Tonton.
“Tahun ini merupakan tahun terbaik buat Tonton terus menyinar berdasarkan rekod cemerlang sebagai pembekal servis penstriman ‘Over the Top’ (OTT) nombor 1 di Malaysia yang menampilkan kandungan premium dan pastinya, angka langganan dijangka terus meningkat dengan sambutan berterusan daripada anda,” katanya.
Isteriku ‘Mem’ Besar dibarisi pelakon baru dan lama seperti Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Isqandar Syahidan, Azhar Osman, Hasnah,Sharissa Haris dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menonton siri istmewa ini di Tonton dan TV3.
Sumber Kisah rumah tangga wanita kota mencuit hati!