Lagu Jampi Karya ‘Masterpiece’ Hael Husaini

Lagu Jampi Karya ‘Masterpiece’ Hael Husaini

Hasilkan masterpiece melalui Jampi. (Pic: Instagram @haelhusaini)

Keputusan Hael Husaini untuk bergerak solo meninggalkan kumpulan duo, Azhael ternyata dilihat sebagai percaturan yang tepat. Semuanya dilihat tersusun cantik buat kerjaya seninya.

Malah kehadiran single pertama berjudul Jampi tahun lalu yang juga ciptaannya sendiri meledak tanpa disangka-sangka. Lagu berkenaan juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 berlangsung Februari depan.

Bergerak solo keputusan bijak.

Keputusannya menjadi bapa angkat kepada si comel, Helena kini berusia lapan bulan juga bagai menambah rezeki sekali gus mengukuhkan namanya sebagai penyanyi dan komposer.

“Jampi sejujurnya mengubah prospek hidup saya. Dicipta Januari 2017 dan kemudiannya sebulan selepas itu dipromosikan, lagu ini bagaimanapun lambat pickup perhatian penggemar muzik. Hanya masuk bulan kedua dan seterusnya, orang mula menerima kehadirannya sekali gus mengalu-alukan muzik yang lebih segar.

Perlahan-lahan diterima.

“Saya sendiri tak boleh jangka apakah lepas ini akan hadir lagi lagu seumpama itu yang mampu terus mengangkat nama sendiri ke tahap seterusnya. Saya lihat semua ini satu miracle. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi selepas ini. Saya anggap rezeki kalau next single sendiri akan diangkat seperti Jampi.

Nikmat bergelar bapa muda.

“Tapi apa yang boleh janji, saya akan terus berkarya, tak kira untuk diri sendiri dan artis lain,” katanya.

Bergelar bapa segera juga bagai satu kenikmatan yang indah buat Hael.

“Kalau saya ada kerja luar negara, memang kena tinggalkan dia dengan keluarga. Tapi kalau ada persembahan yang berdekatan, saya tak kisah membawanya sekali. Melihatnya membesar depan mata sangat mengujakan.

“Saya mahu dia membesar dengan aman dan bijaknya. Dia memang rezeki terbesar buat saya,” katanya.

Peluang kerjasama dengan artis ternama.

Kata Hael, bukan mudah untuk dia sampai ke tahap sekarang.

“Saya mula mencipta lagu kira-kira lima tahun lalu. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini saja, bakat saya itu kelihatan apabila dapat bekerjasama dengan artis ternama. Saya percaya kita perlu bergelut itu ini dulu, sebelum berjaya. Itu satu fasa normal.

Ingin terus mencipta lagu.

“Pengalaman menjadi komposer juga mendedahkan saya kepada banyak ruang baru sekali gus mencipta sesuatu genre muzik. Saya dapat kenal banyak orang. Yang pastinya saya akan terus mencipta lagu dan memberi warna kepada industri hiburan,” katanya.

Bakal cipta lagu untuk penyanyi lain dan single keduanya.

Hael memberitahu Rojak Daily Kaw! selepas Jampi, dia akan muncul dengan karya ciptaan baru untuk artis lain seperti Amira Othman, Datin Alyah dan Ayda Jebat. Malah selepas single Jampi, dia juga dijangka muncul dengan single kedua tahun ini.



Sumber Lagu Jampi Karya ‘Masterpiece’ Hael Husaini

Post a Comment

Previous Post Next Post