Lelaki nyanyuk pandu lawan arus, ‘mahu bunuh diri’

Paparan skrin video yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa peronda lebuh raya cuba mengejar sebuah kereta putih di laluan paling kanan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), 18 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBPaparan skrin video yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa peronda lebuh raya cuba mengejar sebuah kereta putih di laluan paling kanan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), 18 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA LUMPUR, 19 Jan — Seorang lelaki nyanyuk memandu lawan arus di sebatang lebuh raya utama di sini yang sibuk petang semalam dengan hasrat “mahu membunuh diri”. 

Warga emas 68 tahun itu memandu Perodua Axia di lorong bertentangan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam pada 4.50 petang.

Dalam laluan paling kanan ke arah Subang, lapor Berita Harian, kereta itu cuba dikejar peronda lebuh raya hingga ke Jalan Templer, Petaling Jaya. 

Video gelagat berbahaya pemandu tersebut selama lebih dua minit, yang dirakam pengguna NPE, mula tersebar di media sosial malam tadi.

Ketua polis daerah Petaling Jaya berkata sewaktu ditahan lelaki itu dalam keadaan nyanyuk selain membuang air besar di dalam kereta.

“Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri,” kata ACP Mohd Zani Che Din, yang menyatakann tiada aduan polis dibuat setakat ini.  

“Peronda kemudian menghubungi anaknya dan mengarahkan dia dibawa pulang.”



Sumber Lelaki nyanyuk pandu lawan arus, ‘mahu bunuh diri’

Post a Comment

Previous Post Next Post