Mahu Cuba Layanan Berbeza, Apa Kata Minum Jus Sambil Gosok Ular!

Mahu Cuba Layanan Berbeza, Apa Kata Minum Jus Sambil Gosok Ular!

Siapa sangka haiwan reptilia ini menjadi sensasi terbaru di Jepun (Gambar: Lazypenguins)

Sebut saja Jepun, pasti perkara pertama yang terlintas adalah budaya dan adab mereka.

Biarpun sudah lama diiktiraf sebagai negara maju, budaya dan adab mereka masih terjaga rapi. Sebab itulah Jepun antara destinasi menarik wajib dikunjungi oleh ‘kaki travel’ dari seluruh dunia.
 
Selain dipenuhi dengan pelbagai lokasi menarik dan pemandangan indah, Jepun juga terkenal dengan keunikan restoran makanan mereka.
 
Jika dahulu terdapat kafe kucing, anjing dan burung, kini muncul haiwan baru yang boleh anda terokai.

PEGANG ULAR SAMBIL JAMU SELERA

Jika anda berani dipersilakan berkunjung ke kafe ini.
Terletak di Shibuya, Tokyo Snake Central ini menyediakan pelbagai jenis ular sebagai peneman anda ketika menjamu selera.
 
Untuk anda yang memang pencinta ular atau mahu mencuba sesuatu yang baru, hanya perlu membayar 1,000 Japanese Yen (RM36) untuk makan bersama reptilia ini.
 
Anda boleh menikmati jus sambil menggosok atau memegang ular jika anda mahu dan berani.
 
Bagi dekorasi dalaman pula, kafe ini turut menggunakan elemen ular, sesuai dengan tema kafe ini.
 
Susun atur makanan juga berkonsepkan ular yang mana terdapat menu sosej yang dihias dengan hirisan tomato supaya kelihatan seperti lidah ular. Dinding kafe ini juga bermotifkan ular.

UBAH TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP ULAR
 
Sambil jamu selera, sambil melihat keunikan spesis ular
Pemiliknya, Hisamitsukaneko berkata, dia membuka kafe ular kerana minat dan cintanya terhadap haiwan reptilia berkenaan.
 
Menurutnya, dia mahu mengurangkan tanggapan negatif terhadap spesis terbabit yang lebih dikenali sebagai haiwan berbahaya.
 
Malah, dia mahu orang ramai melihat spesis ular yang tidak berbisa ini sebagai makhluk yang manja dan mesra.
 
Difahamkan, Hisamitsukaneko mempunyai 35 ekor ular daripada 20 spesis berbeza dan antaranya adalah rans-Pecos rat snake, jungle carpet python, corn snake, ball python.
 
Melihat gambar-gambar dalam kafe ini, adakah anda teruja atau melarikan diri sepantas mungkin? Ataupun mungkin ada peminat ular di Malaysia yang mahu membuka konsep yang sama.

 



Sumber Mahu Cuba Layanan Berbeza, Apa Kata Minum Jus Sambil Gosok Ular!

Post a Comment

Previous Post Next Post