MPM mahu wasiat Raja-Raja Melayu dilaksana

Majlis Perundingan Meayu berkata wasiat tersebut bukan untuk melindungi kepentingan kaum bumiputera sahaja, sebaliknya mewakili kepentingan semua pihak dan kaum di negara.

mpm-wasiat-raja-melayuKUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksanakan sepenuhnya semua peruntukan dalam Wasiat Raja-Raja Melayu yang dimeterai semua Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957, untuk semua kelompok masyarakat negara.

Pengerusi Biro Ekonomi, Majlis Perundingan Melayu (MPM) Hasan Hamzah berkata wasiat tersebut bukan untuk melindungi kepentingan kaum bumiputera sahaja, sebaliknya mewakili kepentingan semua pihak dan kaum di negara.

“Wasiat itu merangkumi semua aspek atau parameter utama kemakmuran, baik aspek keagamaan, pendidikan, ekonomi, keselamatan dan lain-lain. Pelaksanaannya pasti akan wujudkan kehidupan masyarakat majmuk dengan lebih sejahtera, makmur dan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata, kerajaan bersama Jabatan Istana negeri disaran beri taklimat kepada semua pemimpin kerajaan atau pembangkang supaya dapat memahami dan menghayati isi kandungan semua wasiat itu.

“Tidak kira apa fahaman atau ideologi politik mereka, semuanya bertanggungjawab melaksanakan atau memastikan semua wasiat itu dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Menurut Hasan, MPM juga akan menganjurkan kempen penerangan supaya semua lapisan masyarakat mengetahui, memahami dan menghayati wasiat itu.

Beliau berkata masyarakat seharusnya bersepakat menolak sebarang usaha mengeksploitasi suasana politik semasa untuk tujuan mengambil kesempatan.

“Kita semua cintakan kedamaian. Semua pihak usah membuat pelbagai tuntutan. Lebih-lebih lagi tuntutan tidak munasabah yang boleh mencemari keharmonian dan kedamaian yang kita semua inginkan,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber MPM mahu wasiat Raja-Raja Melayu dilaksana

Post a Comment

Previous Post Next Post