Murid Melaka cedera diseret kereta jaga dibawa ke HKL

Kawasan kemalangan seorang murid Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin yang dilanggar kereta pengawal keselamatan sekolah. — Foto ihsan Facebook/DTTB Kawasan kemalangan seorang murid Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin yang dilanggar kereta pengawal keselamatan sekolah. — Foto ihsan Facebook/DTTB MELAKA, 7 Jan ― Murid yang cedera di kepala akibat dilanggar kereta pengawal keselamatan sekolah dipindah untuk rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pelajar lelaki, 8 tahun, Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin yang dirawat di Hospital Melaka dirujuk ke HKL pagi semalam, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian Khamis lalu, murid malang itu dilaporkan dilanggar kereta tersebut yang mengundur dan kemudian diseret ke depan 15 meter.

Akibat perlanggaran kereta yang dipandu warga emas 62 tahun itu, mangsa cedera di kepala dan anggota badan.

Pengarah Pendidikan Melaka berkata guru bertugas ditempatkan di Hospital Melaka untuk mengikuti perkembangan mangsa sebelum dibawa ke HKL.

"Buat masa ini, sekolah melaksanakan majlis doa selamat dan kutipan derma kilat untuk mangsa," kata Abu Bakar Sahari kepada akhbar itu.

Murid tersebut berjalan di dalam kawasan sekolah ketika nahas jam 6.50 pagi.



Sumber Murid Melaka cedera diseret kereta jaga dibawa ke HKL

Post a Comment

Previous Post Next Post