NGO saran pemandu tua diperiksa setiap enam bulan

Sebuah NGO mencadangkan pemandu berumur 65 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan. — Foto oleh Choo Choy MaySebuah NGO mencadangkan pemandu berumur 65 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 22 Jan  — Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) anti jenayah mahu pemandu berumur 65 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan bagi menentukan kecergasan dan kecekapan pemanduan mereka.

Pengasas Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut (Marah) Dave Avran berkata pada masa ini tiada undang-undang di Malaysia yang menghalang seseorang itu daripada memandu sebaik sahaja mencapai umur tertentu.

Oleh itu, beliau berkata sesiapa sahaja sememangnya boleh terus memandu selagi dia merasakan cukup cekap untuk berbuat demikian.

“Bagi orang yang lanjut usia, memandu dalam keadaan penuh tekanan hari ini boleh menguji kesabaran  dan memenatkan.

Pemandu tidak seharusnya mendatangkan apa jua masa kepada pengguna jalan raya yang lain. Jika mereka boleh menghadapinya dengan tenang, maka tiada sebab untuknya berhenti daripada memandu.

“Bagaimanapun pemeriksaan perubatan akan memastikan ketenangan fikiran bagi diri mereka sendiri, orang tersayang tidak akan seringkali bimbang tentang mereka, dan pengguna jalan raya yang lain akan turut berasa selamat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Avran mengulas video yang viral baru-baru ini, menunjukkan sebuah kereta dipandu menentang arus di New Pantai Expressway (NPE).

Pemandunya — seorang lelaki pesara kontraktor berumur  76 tahun — dipercayai menghidap dementia dan masalah pendengaran. — Bernama



Sumber NGO saran pemandu tua diperiksa setiap enam bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post